kem ibadah

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

       AWAS! ENTRY INI PANJANG.

pada satu hari yang hening, cewah ayat. waktu tu aku bersama konco konco aku sedang berehat di dalam kelas kami yang tercinta selepas melakukan aktiviti gardening yang telah dianjurkan oleh cikgu-cikgu kami yang mulia lagi baik hati.

ayat macam karangan sangat. kau ni apahal ana?

tiba-tiba ada seorang lelaki ni datang kelas aku, dia tanya kitorang tentang kem ibadah yang akan diadakan pada keesokan harinya. aku dengan seangkuh-angkuhnya menolak pelawaan ke kem ibadah tersebut. yelah, lagi-lagi kem tu diadakan di sekolah rendah. dalam dewan pulak tu. aku ni dahlah jenis yang tak suka aktiviti yang diadakn dalam dewan. bagi aku aktiviti dalam dewan ni duduk atas lantai, bersila berjam jam sampai kaki naik lenguh.

ugh. memang taklah.

keesokan harinya pulak ada hari kokurikulum memang semua students kena pakai baju sukan. mostly classmates aku pergi trip ke KL. aku antara students yang tak join. sebab apa? sebab malas. nanti tergatal dengan lelaki hot kat KL padahal aku tahu takkan jumpa lelaki hot kat KL.

ehem.

pastu tinggallah 5 orang je classmates aku yang gegirls ni. pastukan tetiba ustazah tanya siapa yang nak pergi kem ibadah dekat selayang. ustazah nak 3 orang je lagi. aku tak tahu pulak yang kem ustazah sebut tu kem yang sama dengan budak lelaki semalam offer kat kitorang. aku pun terus ajak kawan aku, husna. pastu ria pun ikut sekali. tinggallah najah dengan dur dua orang.

rupanya ustazah nak 4 orang actually tapi sorang lagi dah ada, tapi kelas lain. aku, husna denga ria pakai baju sukan. yang yuni pakai baju sekolah. dahlah nak pergi kem ibadah, tapi kitorang bertiga ni pulak pakai baju sukan. ria takpelah sebab dia tudung labuh. aku dengan husna ni haaaa yang tudung tak berapa nak labuh.

nak pergi ke selayang dari sekolah aku tu bukannya macam dari rahman putra ke bandar baru sungai buloh. sebaliknya kitorang terpaksa menempuh highway, 3 tol, hutan dan sebagainya baru lah sampai ke sekolah rendah tu.

dalam kereta ustazah waktu tu aku tanyalah ustazah, kem tu start pukul berapa. ustazah kata start pukul 8.30. aku pun tengok jam tangan aku. gosh! wktu tu lagi 2 minit nak pukul 8.30. dan kitorang masih jauh lagi nak sampai selayang. aku bagitau ustazah yang takpe ke kami pakai baju sukan. ustazah kata takpe sebab nak buat maca mana, lagipun kitorang ni bidan terjun. ustazah ambik kitorang ke kem tu last minute.dahlah pakai baju sukan, datang lewat.

sampai je sekolah tu, memang takjub seminit sebab walaupun sekolah rendah, tapi sekolah tu lagi besar dari sekolah aku. aku rasa berganda lagi besar dari sekolah aku. pastu dekat tempat register tu aku nampak ada dalam 2-3 orang ustaz. muka macam garang. tangan aku dah sejuk sebab aku rasa aku, husna dengan ria je pakai baju sukan dalam semua wakil sekolah daerah gombak tu. yuni takpelah. selamat. sebab pakai uniform sekolah.

pastu lepas register, ustaz tu suruh kitorang pergi breakfast dekat kantin. kitorang sesat sekejap dalam sekolah tu sebab tak jumpa kantin sebab besar sangat sekolah tu! pastu dekat kantin kitorang jumpa few students pakai baju sukan. masa tu hanya Allah je yang tahu betapa lega nya hati sebab ada jugak orang pkai baju sukan.

lepas breakfast masuk dewan. hehehehe dalam dewan tu ada kerusi dan meja. i was so happy that i dont need to sit on the floor for hours! aku dudk dengan husna and ria duduk dengan yuni dekat belakang kitorang.

rupanya kem ibadah ni pasal ada seorang lelaki ni dia ceritakan pengalaman dia sebelum masuk Islam. dia berketurunan cina and was a christian. he used to be an alter boy. boleh dikatakan lah dia ni antara orang kuat kristian waktu dedolu. aku,husna, ria dengan yuni duduk  belakang . dahlah suara microphone tu tak jelas.

sabau je lah.

pastu kan, lepas lelaki tu bagi speech pasal macam mana dia minat Islam, hidup dia sebelum dan selapas Islam, dia bukak soalan untuk kitorang untuk tanya. mula-mula takde sesiapa nak tanya, lepastu ada sorang budak perempuan ni tanya barulah ramai nak tanya termasuk yuni sekali. aku sebenarnya nak tanya jugak, tapi malu and takut. dah lah pakai baju sukan ada hati nak tanya-menanya.

pastu sesi kedua lelaki tu unjuk Islam dan Fizik. memang subhanaAllah. dia tunjuk molekul-molekul air semua tu dan something that relates with koran and nature. pastu lelaki tu suruh kitorang ke depan, tengok molekul yang react apabila dengar ayat al-quran dengan lagu rock metal semua tu. mula-mula aku tak bangun. ye lah, aku duduk belakang. nak ke depan memang tak lah. aku pandang husna, husna pandang aku. kitorang nak pergi acually tapi malu.

lepastu lelaki tadi dia offer lagi sekali untuk tengok molekul-molekul tu. aku dengan husna cepat-cepat bangun pergi depan tengok sendiri dengan mata kitorang macam mana molekul tu react. memang subhanaAllah. malangnya aku tak nampak sebab ramai sangat orang. kena berhimpit nak tengok.

pastu aku kata dekat husna, aku nak suruh lelaki tu buat lagi sekali sebab aku tak nampak and i told that guy that i want to watch again. and he gave me watch it again. lepastu husna suruh aku tanya soalan yang aku nak tanya tadi, pastu aku cepat-cepat tanya lelaki tu face to face!!

alhamdulillah.

memang rezeki Allah kan? aku tak expect boleh cakap dekat gila face to face dengan lelaki tu sebab aku duduk jauh nun di belakang sana. kitorang tanya lah soalan yang kitorang nak tanya tu. tapi memang unbelievable sangat sebab tak sangka dapat cakap dengan lelaki tu. pastu lelaki tu jawab soalan-soalan kitorang. waktu nak duduk balik tempat kitorang, baru aku sedar, yang semua orang dah duduk, tinggal aku,husna,ria,yuni dengan lelaki tu je kat depan. ramai yang pandang kitorang hahaha malu tu jangan cakap.

kesimpulannya,
sebaik baik perancangan kita, baik lagi perancangan Allah. tipulah aku tak cemburu tengok kawan -kawan aku pergi KL walaupun aku sebenarnya malas gila nak pergi trip tu. tapi Alhamdulillah Allah hadiahkan kem ibadah tu dekat kitorang. banyak ilmu yang kitorang dapat. ilmu agama semestinya. ilmu perbandingan agama islam dan agama lain.