perasaan

satu masa bila kau rasa kau ada ramai kawan. mesti kau rasa bahagia. bahagia dikelilingi oleh kawan-kawan. lagi-lagi yang semuanya baik belaka, alim sahaja. beruntunglah.sebab tak semua orang ada peluang tu. bersyukurlah mungkin seseorang tengah berduka cita tak ada kawan yang 'setia'.

aku juga pernah rasa bahagia ada kawan yang rapat dengan kau. selalu ada diwaktu senang susah. aku juga pernah rasa kehilangan kawan tu. aku anggap kawan aku tu tulang belakang aku. bila tak ada dia, rasa sangatlah lemah. bila dia  ada, dia jadi penyokong aku. tapi ujian Allah takde siapa boleh duga. Allah mungkin tarik balik kawan kita tu. waktu tu, sejujurnya aku sedih. aku menangis bila aku tengok dia dengan kawan lain. ya. mungkin aku boleh klasifikasikan diri aku dalam kelas orang-orang yang tak suka berkongsi kawan. kawan aku bermaksud  aku punya sorang. orang lain, tolong cari kawan lain.

satu detik, aku pernah rasa terpinggir, keseorangan. sebab kawan aku selalu bercakap dengan orang lain. ah, mungkin salah aku juga. tak pernah reti didik diri jadi berdikari. tapi, siapa nak kalah dengan ego? mesti kita kata kawan kita yang salah. tak pandai jaga persahabatan. bagi aku, dalam konteks aku ni, aku yang salah. tak reti berdikari. semua nak harapkan tulang belakang.

kadang aku rasa aku perlu sendirian, tak perlu kawan. tapi aku juga manusia biasa. takkan aku tak ada perasaan? takkan hati orang aku nak jaga. takkan tiap kali aku kena kata "aku salah. tak reti berdikari". ada masa kita nak juga menang. cubalah kalau aku kata "dia salah. dia salah" memang takkan jadi apa melainkan satu. pergaduhan. aku dah penat nak simpan sorang-sorang dalam hati aku. aku jenis suka luah. tapi takkan tiap kali sesuatu terjadi, aku kena luah? nanti dihukum annoying. ah susah.parah kalau kena hukum macam tu.

satu ketika aku rasa sangat kesunyian. keseorangan. kadang aku nak hentikan masa. aku nak duduk sorang sorang dalam masa yang berhenti tu. aku nak sangat. tapi tak ada pulak orang boleh hentikan masa. tapi jujurlah, aku kecik hati. aku sedih.

emo nya aku. mentang tengah dengar lagu sedih. ish