tenang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
semua orang mahu ketenangan, tapi tak semua dapat rasa ketenangan tu,
semua orang punyai duit, tapi tak semua mampu "membeli" ketenangan tu,
dulu aku pernah cari apa itu sebenarnya ketenangan,
sampai satu masa, orang kata tenang itu bila kita solat,
sujud pada Allah.
Aku mulai ragu, benarkah?

aku mula membuat begitu,
mulanya tidak terasa ketenagan itu,
walau secebis cuma,
aku panasaran, rupanya aku tidak khusyuk,
duniawi memenuhi minda ini,

satu malam, bila aku mulai sujud pada-Nya,
lama.
setelah bangun dari sujud itu,
aku rasa segala beban masalah hilang,
sekelip mata.
kini aku tahu kuasa sujud.
bukan semua memiliki.

ingin aku mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah,
walaupun diserang ketika solat,
tidak merasa walau sakit sedikit,
kerana terlalu cintakan Allah,
dan khusyuk dalam solat.

tapi, aku sedar diri ini ,
tidak akan pernah layak menjadi seperti sahabat-sahabat nabi.

ingin aku menjadi,
seperti Abu Bakar As-Siddiq,
sentiasa bersama kebenaran,
dan membenarkan kebenaran,
walau terpaksa menepuh dugaan berat,
tetap imannya dengan kebenaran.

ingin aku menjadi,
seperti Umar Al-Khatab,
sentiasa garang di medan perang,
mengorak langkah pemuda Islam,

aku bukanlah seorang puitis,
tapi ini isi hati aku,
kerana aku tak pernah layak,
menjadi seperti khalifah ar-rasyidin.